Beginilah lagak serta riak pelakon kontroversi lagi sensasi, Nabila Huda yang sedang dibuai suasana sensual di dalam bilik persalinannya ketika menanti detik untuk meneruskan sesi penggambaran filem terbarunya.
Lagaknya itu tidak tumpah seperti dua bintang Hollywood ternama, Marilyn Monroe dan Elizabeth Taylor yang penuh dengan drama serta gerak geri menggoda di bawah kerdipan lilin sama-samar bercahaya menemaninya.
Dalam kemalapan malam yang semakin pekat , Nabila Huda tampil dengan enam persalinan indah daripada koleksi terkini label fesyen yang menjadi sebutan ramai Alia Bastamam, Evening Cruise 2012/2013.
Konsep penuh sensual yang diilhamkan daripada dunia bintang filem ternama itu, menyerlahkan penampilan Nabila Huda yang nyata cukup berani dan menggoda.
Pastinya, sekalung tahniah perlu diberikan kepada Shahrezzan Mustaffa Ezani selaku pelakar konsep dan idea serta jurufoto untuk sesi fotografi kempen berkenaan.
Sesuai dengan imej serta personaliti Nabila Huda yang manja, telus dan tersendiri, tanpa menoleh kebelakang Alia Bastamam berbesar hati memilih aktres berkenaan bagi menjayakan koleksi terkininya itu.
Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam, Jimmy Najeem berkata, sesi fotografi berkenaan telah diadakan di butik Alia Bastamam sendiri di Bangsar dengan menggunakan set yang digubah sendiri oleh Shahrezzan dan pasukan kreatif jenama berkenaan.
“Kami mula mendekati Nabila Huda sejak dia menggayakan persalinan Alia Bastamam ketika Anugerah Blocbuster yang lalu. Sejak itu, dia mula menggayakan banyak pakaian Alia Bastamam.
“Kami percaya dengan kredibiliti Nabila Huda sebagai seorang aktres dan juga personalitinya yang sangat disenangi. Tambahan pula dia miliki attitude dan persona tersendiri apabila menyarungkan persalinan Alia Bastamam.
“Atas faktor itu jugalah kami memilih Nabila Huda untuk menjayakan kempen koleksi terkini ini. Apa yang saya lihat dia berjaya memberikan apa yang kami mahukan. Lihat sajalah hasilnya,” katanya merujuk kepada gamba-gambar
kempen fesyen terkini Alia Bastamam.
kempen fesyen terkini Alia Bastamam.
Koleksi sensual dan menggoda itu menampilkan seleksi gaun malam dan gaun koktel memikat yang menggunakan olahan fabrik sutera asli dan sutera crape bagi memberikan kesan glamor kepada si pemakai.
Setiap helaian rekaan evening cruise kali ini dicipta istimewa bersama rekaan yang moden dan terkini tanpa meninggalkan identiti sebenar Alia Bastamam yang semakin dewasa.
Alia Bastamam berlokasi di No93, Jalan Pudina Bukit Bandaraya, Bangsar dan boleh diselusuri menerusi www.aliabastamam.com.
Alia Bastamam berlokasi di No93, Jalan Pudina Bukit Bandaraya, Bangsar dan boleh diselusuri menerusi www.aliabastamam.com.
0 komentar:
Posting Komentar