Harakahdaily, | 17 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Selepas rakaman video insiden perang mulut antara Sharifah Zohra Jabeen dengan KS Bawani meletup di Youtube, pelbagai pihak kini tampil menawarkan pentas debat kepada mereka.
Antaranya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang telah menjemput kedua-duanya sebagai panel dalam satu forum bertajuk ‘Kebebasan Akademik dan Hak Asasi’ yang dijadual berlangsung 22 Januari ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur.
Menurut pengarah segmentasi mahasiswa SAMM Wan Noor Farel Azli Wan Haron, jemputan kepada semua panel termasuk Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik sudah dibuat.
“Walaupun tidak setuju dengan pemikiran Zohra yang menghalau orang yang tidak setuju dengan regim penguasa BN agar keluar dari negara ini, namun SAMM merasakan perlunya Zohra diberi ruang untuk muncul secara waras dan teratur.
“(Ini) bagi menyatakan apa sebenarnya yang berlaku dan memberi ruang beliau menyatakan pendapat," katanya dalam satu kenyataan.
Forum ini turut disokong bersama Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Independent Student Front UIAM (INSTEF)
Sebelum ini satu rakaman video dimuat naik ke Youtube memaparkan insiden Sharifah Zohra yang juga Presiden Suara Wanita Satu Malaysia (SW1M) menyekat soalan yang mahu diajukan KS Bawani yang juga mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam forum bertajuk “Seiringkah Mahasiswa dan Politik?”
Dalam forum itu Sharifah Zohra cuba memaksa Bawani untuk berhenti berhujah apabila Bawani menyebut tentang gerakan BERSIH 2.0 dan isu pendidikan percuma.
Apabila Bawani tidak menendahkannya, Sharifah Zohra mengarahkan Bawani supaya berhenti berhujah dengan berkata “listen.., listen.., listen…” hampir sepuluh kali.
Sharifah Zohra turut mencapai pembesar suara dan menjauhkan dari Bawani yang tidak sempat menghabiskan hujahnya.
Sharifah Zohra juga dikatakan berkata dalam forum sama, bahawa binatang juga sama seperti manusia, turut mempunyai masalah.
Tindakan Sharifah Zohra itu mendapat kritikan hebat daripada penonton video tersebut termasuk juga ahli politik BN dan Pakatan Rakyat.

0 komentar:
Posting Komentar