Salam semua....hari ini saya nak share satu info mengenai gangguan makhluk halus...Antara tanda2nya ialah....
1- Susah tidur malam
2- Tersentak-sentak ketika tidur (mcm kene kejutan elektrik)
3- Selalu sakit kepala
4- Lenguh-lenguh seluruh tubuh terutama di bahu
5- Rasa sakit-sakit di pinggang, lutut dan tapak kaki
6- Pandangan kabur dan kadang-kadang ternampak-nampak sesuatu
7- Telinga berdengung/berdesing
8- Mimpi yang menakutkan spt binatang buas
9- Mimpi berada di tempat yang tinggi, jatuh dari tempat yang tinggi, ternampak air sungai @ laut
10- Dikejar sesuatu ketika dalam mimpi,atau berlari2
11- Makan lebih dari biasa, banyak terlajak.
12- Makan banyak tp rasa tak kenyang seolah-olah makanan tak jatuh ke dalam perut
13- Sesak nafas
14- Terasa ditindih semasa sedang tidur (banyak terjadi kepada perempuan)
15- Lebam-lebam di tubuh terutamanya di peha dan lengan
16- Suka menyendiri sorang-sorang
17- Terdengar bisikan suara di telinga
18- Mempunyai tanda-tanda diatas tapi tanak berubat atas alasan tak sakit pun.
19- Perubahan perangai secara mendadak
20- Susah hamil sedangkan pasangan suami dan isteri tiada apa-apa masalah
21- Bertukar menjadi seperti lembu dicucuk hidung samada kepada lelaki ataupun perempuan
22- Tidak dapat melakukan hubungan seks bila dah dalam satu selimut, tapi perasaan tersebut begitu membara bila berjauhan
23- Budak- budak yang menangis lebih dari kadar biasa.
24- Terasa ditolak oleh sesuatu semasa di dalam bilik air
25- Terasa kebas di mana-mana anggota badan, terasa seperti digigit di bahu dan betis
26- Selalu cancel last minit setiap kali buat temujanji nak berubat, terkadang bila nak berubat asyik rasa nak kencing,buang air besar
27- Pertengkaran samada antara suami isteri atau lainnya kerana sebab yang terlampau remeh
28-Kerinduan yang amat sangat sampai tahap sanggup ikut lari kemana-mana.
29- Mempunyai perasaan yang terlampau malas untuk melakukan ibadat
Share
0 komentar:
Posting Komentar