Sabtu, 28 Desember 2013




Punca Sultan Sulu Jamalul Kiram III meninggal dunia pada 20 Oktober 2013. Sultan Kiram telah menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan organ buah pinggang kira-kira pukul 4 pagi Ahad di Pusat Jantung Filipina. Sebelum ini, Sultan Sulu pernah dilaporkan menghidapi penyakit tersebut untuk sekian lama dan kerap bergantung kepada mesin Dialisis untuk rawatan buah pinggang yang bermasalah. Berita kematian Jamalul Kiram itu turut disahkan oleh isteri iaitu Fatima Kiram dan anak perempuannya Jacel kiram menerusi media Filipina.

kiram

Terdahulu, Jamalul Kiram telah mula mendapat perhatian kerajaan Malaysia apabila cuba menceroboh Sabah pada awal 9 Februari 2013. Beliau juga menuntut bahawa Sabah adalah milik kesultanan Sulu dan harus dikembalikan semula. Rundingan damai antara Malaysia dan Jamalul Kiram tidak berjaya apabila Jamalul Kiram memilih untuk pertumpahan darah.

Pihak keselamatan Malaysia telah melancarkan Ops Sulu dan telah berjaya menumpaskan pengikut Kiram yang sudah mula bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah secara berperingkat. Gerakan untuk merampas semula Sabah dari Malaysia secara perang gerila diketuai oleh adik kepada Jamalul Kiram III, Azzimudie Kiram.


sumber


0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!