Tenggelam tak syok? Terapung pasti syok!
Jumaat lalu kami paparkan wayang gambar tab air panas di London. Tetapi jika anda tak mahu menonton filem memakai pakaian mandi mungkin anda boleh try menonton di wayang gambar terapung di Venice. Ianya kesinambungan kepada wayang gambar terapung yang di adakan di Thailand dan kami paparkan sebelum ini. Ianya rekaan Ole Scheeren yang juga merupakan jurubina yang membina bangunan Angkasa Raya Kuala Lumpur. Wayang gambar terapung ini dibina sempena 2012 Architecture Biennale. Jadi wayang mana lebih anda suka? Wayang terapung atau wayang boleh berendam? Kami di Blogserius memilih wayang atas udara yang sehingga kini tiada siapa pun membinanya.
Sumber - BlogSerius
0 komentar:
Posting Komentar