29 Julai 2013
PANTEGO - Sekitar 30,000 ekor lebah menyerang sepasang kekasih dan kuda padi mereka di Texas Utara dan menyengat haiwan peliharaan tersebut sehingga mati.
Akhbar tempatan, Star-Telegram melaporkan kelmarin bahawa Kristen Beauregard, 44, disengat 200 kali manakala teman lelakinya pula disengat sebanyak 50 kali.
Namun, dua kuda mereka, Chip dan Trump tidak dapat diselamatkan.
"Serangga itu mengejar kami dan mengekori kami," kata Beauregard berhubung insiden tersebut yang berlaku pada Rabu lalu.
"Kuda-kuda itu menerima terlalu banyak sengatan dan mati," kata seorang doktor haiwan, Patricia Tersteeg.
Serangga itu turut membunuh lima ekor ayam dan menyengat anjing pasangan itu sebelum dihapuskan oleh pasukan bomba.
Setakat ini, pihak berkuasa tidak pasti punca lebah-lebah itu keluar dari sarangnya.
Ujian juga sedang dilakukan untuk mengesahkan sama ada lebah itu merupakan lebah pembunuh atau lebah Afrika. - AP
0 komentar:
Posting Komentar