Tampilkan postingan dengan label mampukah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mampukah. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Februari 2014

harakahdaily

Lim Kit Siang, 23 Ogs 2012
Dalam sambutan seratus tahun Universiti Malaya dalam bulan Jun 2005, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu Datuk Seri Najib Razak telah mencabar Universiti Malaya untuk melonjakkan kedudukannya  di antara 100  universiti terbaik dunia dalam dalam ranking THES-QS (Times Higher Education Supplement-Quacquarelli Symonds) dari tangga 89 pada tahun 2004 ke 50 menjelang 2020.


Malangnya, daripada menyahut cabaran Najib dengan menambah baik ranking THES, universiti terulung ini menjunam pada tahun 2005 dan 2006 dengan kedudukan di tangga 169 dan 192 masing-masing, dan pada tahun 2007 dan 2008 terkeluar daripada senarai 200 universiti terbaik dunia sekaligus. Dalam 2009, Universiti Malaya telah muncul semula dalam senarai 200 universiti terbaik dunia pada tangga 180 tetapi pada 2010, ia menjunam semula daripada senarai 200 universiti terbaik dunia apabila menduduki tangga 207.

Bagi ranking QS 200 universiti terbaik dunia tahun 2011, Universiti Malaya muncul kembali dalam senarai 200 universiti terbaik dunia pada kedudukan ke-167.

Dalam ranking Universiti Dunia THES-QS tahun 2009, Universiti Malaya melonjakkan kedudukannya sebanyak 50 tempat dari kedudukan 230pada tahun 2008 kepada 180 dalam 2009; sementara dalam ranking Universiti Dunia QS 2011, Universiti Malaya meningkat kedudukannya dari tangga 207 pada 2010kepada 167 dalam 2011.

Ranking Universiti Dunia QS 2012 akan diumumkan dalam 20 hari lagi. Mampukah Universiti Malaya melonjak dari kedudukannya seperti dalam tahun 2009 dan 2011 untuk kembali mengukir nama sebagai yang tergolong dalam senarai 100 universiti terbaik sebelum 2015?

Di samping cabaran Najib untuk Universiti Malaya mengukir nama diantara 50 univerisiti terbaik dunia menjelang 2020, kerajaan telah mengumumkan juga seruan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara supaya sekurang-kurangnya tiga universiti dari Malaysia mendapat ranking di antara 100 universiti terbaik dunia.

Baru-baru ini, lima universiti tempatan dimasukkan dalam ranking Universiti Terbaik Dunia dalam U.S News dalam 100 Universiti Asia Terbaik tetapi ini bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan.

Universiti Terbaik Dunia dalam U.S News sebenarnya berdasarkan ranking QS 300 Universiti Asia Terbaik 2012 pada 30 Mei tahun ini, yang menggambarkan bahawa walaupun Universiti Malaya telah meningkatkan kedudukannya secara keseluruhan berbanding dengan ranking 2011, kebanyakan universiti dari Malaysia menunjukkan penurunan ranking berbanding 2011.

Sebaliknya, Universiti Singapura (yang setanding taraf antarabangsa dengan Universiti Malaya 45 tahun yang lalu) menduduki tangga kedua dalam Universiti Asia Terbaik sementara Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menduduki tangga ke-17 – jauh di hadapan daripada kedudukan Universiti Malaya.

Negara Asia yang lain mula muncul dan tampil kehadapan dalam rancangan pengajian tinggi dan penting agar negara Malaysia tidak ketinggalan.

Berikut adalah analisis ranking QS Universiti Asia:

Ranking Universiti QS: Universiti Asia konsisten dengan Universiti Sains Dan Teknologi Hong Kong yang berumur 21 tahun yang mendahului senarai universiti terbaik dua tahun berturut-turut dihadapan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan Universiti Hong Kong.

The story at the top of the QS University Rankings: Asia was one of consistency, with the 21 year old Hong Kong University of Science and Technology (HKUST) topping the table for the second year running, ahead of the National University of Singapore (NUS) and Hong Kong University.

Universiti dalam kedudukan 10 tangga teratas amnya adalah universiti yang ‘muda’ – dalam lingkungan purata 77.5 tahun berbanding dengan 338.6 bagi ranking dunia yang memberi indikasi rantau Asia yang dinamik.

The top-10 generally is young, averaging at 77.5 years old, compared to 338.6 for the world rankings – indicative of an extremely dynamic region.
Pelaburan negara Cina terhadap universiti terus menyumbang kepada dividen, dengan sembilan daripada 10 universiti berganjak keatas, termasuklah Universiti Peking, yang telah melangkah Universiti Tokyo untuk kali pertama – dengan mencerminkan negara Cina memotong negara Jepun dalam aspek GDP.
Chinese investment in universities has continued to pay dividends, with nine of the top-10 Chinese institutions moving up, including Peking University, which overtakes the University of Tokyo for the first time – mirroring China overtaking Japan in terms of GDP.


10 Universiti teratas negara Jepun pada masa yang sama walaupun tidak tersenarai, merupakan penjana minda pusat pengajian tinggi yang digeruni dalam rantau mahupun dunia.

Japan’s top-10; on the other hand, all lost ground, though it remain one of region’s – and the world’s – higher education powerhouses.

Dengan NUS mengambil tempat tangga kedua dan Universiti Teknologi Nanyang dalam tangga ke-17, negara Singapura melangkah kehadapan dengan polisi antarabangsa yang memberi faedah kepada kedua-dua universiti tersebut. Dengan tujuh institusi pengajian tinggi dalam ranking dimana 4 dalam 15 universiti teratas, bandaraya Hong Kong dalam Asia juga mengukuhkan kedudukannya.

With NUS moving up into second, and Nanyang Technological University remaining at 17, Singapore performs well, with strong internationalization policies benefitting both universities. And with seven institutions in the rankings (four in top-15), Asia’s other city-state, Hong Kong, also reasserts its status.

Prestasi Korea Selatan juga boleh dikagumi. Pelaburan yang memberangsangkan terhadap jurusan pendidikan dan kajian telah berjaya dengan 15 universiti Korea yang menambah baik kedudukan mereka yang didahului Universiti Kebangsaan Seoul, dari tangga 6 ke 4. Sebanyak 55 universiti Korea mempunyai kedudukan 300 teratas – yang hanay dipegang oleh Jepun dan Cina.

South Korea’s performance is noteworthy. Above average investment in education and research has paid off, with the 15 leading Korean universities improving their positions, led by Seoul National University, which climbs from sixth to fourth place. A total of 55 Korean universities feature the top-300 – a figure only Japan and China better.


Selain negara-negara ini, India sekali lagi menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan, hanya dengan 11 universiti dalam ranking, yang kebanyakannya pelbagai Institut Teknologi India. Internalisasi merupakan penyumbang utama kepada keadaan ini. Filipina juga tidak memuaskan dengan semua universitinya tiada dalam senarai dengan potongan bajet

Outside of these nations, we see India once again underperforming, with only 11 universities in the ranking, the vast majority of which are various Indian Institutes of Technology. Internationalization has been identified as a key issue. The Philippines also performed poorly, with all its universities losing ground as budget cuts kick in.


Taiwan pula telah menambah bilangan universiti dalam senarai 200 universiti terbaik sebanyak 19. Dan lebih mengagumkan, Universiti Kebangsaan Taiwan telah menempah tempat dalam 20 universiti terbaik.
Taiwan, on the other hand, increases its share of top-200 universities by three, taking the total up to 19. And in more good news for the nation, National Taiwan University also broke into the top 20.

Kedudukan Malaysia bercampur-campur dengan kenaikan Universiti Malaya kepada tangga 35 yang diimbangi dengan penurunan dari tangga 9 diantara 15 ranking universiti. Negara Thai juga tidak tersenarai dengan kurang dua universiti (12)

Malaysia’s results were mixed, with top ranked Universiti Malaya’s move up to 35 offset by the drop in position of nine out of its 15 ranked universities. Thailand also lost ground, with two fewer universities (12).
Di mana kedudukan universiti-universiti di Malaysia terutama sekali Universiti Malaya dalam ranking Universiti Dunia QS 2012 yang akan diumumkan dalam 20 hari ini?

Selasa, 24 Desember 2013


KUALA LUMPUR – Pertembungan dua pasukan Pantai Timur pada pentas akhir Piala Malaysia 2013 Ahad ini disifatkan sebagai pertemuan buku dengan ruas dan bakal menjanjikan perlawanan sengit antara kedua-dua pasukan.

Kelantan turun dengan misi mempertahankan kejuaraan yang dikecapi musim lalu manakala Pahang pula mahu menamatkan kemarau kejuaraan selama 21 tahun.

Namun apa yang pasti, The Red Warriors dan Tok Gajah akan berjuang habis-habisan menjulang Piala Malaysia.

Ini kerana mereka sedar kejayaan tersebut bukan sesuatu yang mudah dan perlawanan akhir Ahad ini di Stadium Shah Alam perlu dilayan dengan sepenuh hati dan tekad membara.

Bagi Kelantan, mereka sudah membuktikan kredibeliti dan kemantapan mereka walaupun pada awal musim ini pasukan itu dijangka berdepan kesukaran setelah kehilangan penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang berhijrah ke Johor Darul Takzim.

Namun, Kelantan kini cukup digeruni kerana mempunyai jentera serangan yang tampak mustahil untuk dikekang oleh mana-mana pasukan.

Keadaan itu jelas terpancar berdasarkan aksi dominan mereka dalam beberapa perlawanan terdahulu.
Malah sama ada percaya atau tidak, skuad kendalian Bojan Hodak itu kelihatan mampu merobek gawang mana-mana lawan.

Perkembangan berkenaan sudah pasti mengundang rasa debar Jurulatih Pahang, Dollah Salleh.
Beliau kini perlu memerah otak untuk memikirkan cara terbaik mengekang kelincahan dan kelicikan pemain-pemain seperti Badhri Radzi, Norfarhan Muhamad, Zairo Anuar Zailani, Dickson Nwakaemi dan Indra Putra Mahyuddin.

Namun yang demikian, The Red Warriors kini berdepan bahaya kerana terpaksa melupakan khidmat bek tengah import, Obinna Nwaneri yang digantung perlawanan kerana mengumpul dua kad kuning dalam pusingan terdahulu.

Dalam hal ini, Bojan mungkin perlu mengubah taktik permainannya daripada agresif menyerang kepada permainan selamat untuk memastikan kekebalan kubu pertahanan pasukannya tidak mudah diapa-apakan.
Pemain yang berkemungkinan akan diturunkan untuk mengisi ruang tersebut ialah Azizi Matt Rose.

Dalam pada itu, hajat Pahang pula tentulah mahu mengulangi sejarah 21 tahun lalu apabila memenangi Piala Malaysia setelah menundukkan Kedah 2-0.

Dollah tentu terdesak dan berharap agar kecederaan Matias Conti segera pulih sebelum hari perhitungan.
Penyerang import Argentina itu memiliki kemahiran berkualiti selain memiliki kepantasan dan kebijaksanaan menghidu peluang menjaringkan gol.

Jika pemain berusia 23 tahun itu tidak cukup cergas untuk beraksi, Dollah masih ada lagi satu pilihan penyerang iaitu Fauzi Roslan.

Fauzi diyakini mampu memainkan peranan sebagai peledak berbahaya dan kebangkitannya sudah dirasai Pahang.

Perlawanan menentang Sarawak pada perlawanan separuh akhir menentang Sarawak baru-baru ini adalah bukti jelas betapa bahayanya Fauzi yang berjaya menanduk masuk gol penyamaan sekaligus membolehkan Pahang menempah tiket untuk ke final.

Selain Conti dan Fauzi, Tok Gajah memiliki pemain sayap lincah seperti R.Surendran dan R.Gopinathan yang mampu mengucar-kacirkan pertahanan Kelantan.

Walaubagaimanapun, kekurangan ketara Tok Gajah berbanding Kelantan adalah daripada aspek pengalaman dan ia dijangka memainkan peranan paling penting semasa aksi final nanti.

Justeru, kunci utama buat skuad Hitam Putih sebenarnya terletak pada kemahiran Dollah menenangkan skuadnya yang mungkin gementar dan gugup berdepan tekanan untuk membolehkan Pahang menjulang semula Piala Malaysia selepas dua dekad berlalu.

Sebelum ini, pemain penyerang Safee Sali dan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee melahirkan sokongan kepada pasukan Pahang untuk menjuarai edisi kali ini.

Namun, jurulatih lain seperti B. Sathianathan dan Azraai Khor memilih Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan sekali lagi.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!